Thursday, August 13, 2009

Usahawan Islam Perlu Pentingkan Sijil Halal


UTUSAN, DALAM NEGERI
ARKIB : 30/07/2009
KUALA LUMPUR 29 Julai - Tahap kesedaran usahawan Islam terhadap kepentingan mendapatkan sijil halal bagi produk keluaran mereka masih rendah berbanding peniaga bukan Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, menurut laporan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebanyak 70 peratus permohonan untuk mendapatkan sijil halal adalah daripada peniaga bukan Islam.
Menurutnya, peniaga Islam berasakan sijil halal tidak penting kerana menjangka pelanggan tidak akan berasa curiga terhadap produk keluaran mereka.
''Usahawan Islam perlu lebih peka terhadap kepentingan sijil halal. Orang ramai perlu tahu bahawa memohon sijil halal bukan untuk berniaga makanan dan minuman sahaja, malah ia untuk semua produk termasuk kosmetik, kesihatan dan produk terpakai," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Sijil Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sesi 2007/2008 Kali Ke-16 di sini kelmarin.
Beliau mengulas pendedahan 50,000 restoran di negara ini yang mempamerkan sijil halal palsu selain laporan hanya 170 dapur di lebih 2,000 hotel termasuk hotel bajet mempunyai pensijilan halal selepas Jakim kembali semula mengendalikan sijil halal.
Mashitah berkata, sijil halal yang diiktiraf oleh Jakim adalah penting kepada pelanggan yang beragama Islam terutama pelancong asing dari negara-negara Asia Barat.
"Tidak terkejut jika pelancong asing yang beragama Islam memilih kedai bukan Islam. Ini kerana pelancong lebih mempercayai kedai yang mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim," jelasnya.
Sehubungan itu menurut beliau, peniaga Melayu dan Islam perlu berubah daripada sekarang sekiranya mahu perniagaan mereka dikomersialkan ke pasaran luar.
Sementara itu Mashitah berkata, kementerian berharap pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri menjadikan MAIWP sebagai contoh melahirkan pelajar-pelajar cemerlang menerusi kewujudan IKB.
Beliau memberitahu, sekiranya semua negeri mempunyai IKB sendiri, ia secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin melanjutkan pelajaran dan berjaya di dalam bidang pekerjaan.
Sebagai contoh jelasnya, IKB di bawah MAIWP telah melahirkan usahawan cemerlang antaranya, bekas pelajar Kursus Pembuatan Pakaian Lelaki di IKB Peretak, Kuala Kubu Baru, Selangor, Siti Zakiah Amiruddin yang kini telah memiliki butik dan membuka akademi fesyennya sendiri.
"Kita berharap IKB kelak akan menjadi satu jenama yang dipercayai dan setaraf dengan pusat-pusat latihan pendidikan yang ada kini," ujar beliau.

2 comments:

UMMBARAQAH said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Insyaallah masanya akan tiba. Buat peniaga kecil-kecila seperti kami ia memerlukan masa dan salah satu keutamaan masa depan.

MIE sinar said...

JUTAWAN STEVIA DICARI

Salam.
• Saya pengilang minuman Stevia pertama di Malaysia.
• Saya mahu pasar produk ini Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia pertama di Malaysia, persaingan tak ada lagi.
• Saya nak orang Melayu kita lah jadi pemasar utama di Pantai Timur & juga Semenanjung Malaysia.
• ...tak mahu bagi Cina.
• Kriteria- modal permulaan beli produk dan pasar
1. Raja- KING, modal permulaan RM500K (Semua orang akan beli dengan KING, tidak melalui kilang)
2. Pemborong, RM50K
3 Peruncit/ Rakan Niaga, RM5K

• Perjanjian akan dilakukan.


USAHAWAN DIBURU, KOMUNITI SIHAT

Terima kasih
012-347 6070 (Mie Stevia)