Monday, July 13, 2009

awas bahaya !!!!

APA ITU 3-MCPD ?

3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol) merupakan satu bahan sampingan yang terhasil semasa proses hidrolisis seperti dalam penghasilan protein sayur hidrolisis (HVP) akibat tindak balas asid hidroklorik pekat dengan gliserol yang terdapat dalam protein tumbuhan. 3-MCPD juga terdapat dalam makanan yang bersentuhan dengan bahan yang mempunyai epichlorohydrin (digunakan dalam penghasilan uncang teh dan sarung sosej.

HVP digunakan sebagai bahan perisa dalam pelbagai jenis makanan, termasuk kicap, sos tiram, sos ikan, kiub perisa untuk sup dan bahan perasa.Sehubungan itu, 3-MCPD merupakan "kesan susulan" daripada penggunaan HVP sebagai ramuan dalam makanan yang tidak dapat dielakkan.

MCPD juga sejenis bahan kimia yang termasuk dalam kumpulan kloropropanol. Ia pertama kali ditemui sebagai hasil sampingan acid hydrolised vegetable protein, bahan yang digunakan sebagai bahan perasa sejak turun temurun. 3-MCPD juga boleh terhasil dalam bahan makanan lain akibat daripada proses memasak, kaedah penyimpanan dan perpindahan daripada bahan bersentuhan.

AKTA MENGENAI 3-MCPD

Mengikut Peraturan 38A, Peraturan-peraturan Makanan 1985, tiada seorang pun boleh mengimport, menyediakan atau mengiklankan untuk jualan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi bahan 3-MCPD melebihi kadar maksimum yang dibenarkan.

Kementerian Kesihatan telah menetapkan paras untuk semua makanan yang mengandungi 3-MCPD tidak boleh melebihi 0.02 bahagian sejuta bsj, selaras dengan dengan paras yang disyorkan Suruhanjaya Eropah (EC) sebagai paras yang selamat.


PENGGUNAAN 3-MCPD DALAM MAKANAN


Penggunaan asid hidroklorik untuk menghasilkan HVP adalah satu kaedah yang jauh lebih murah dan cepat. Oleh sebab itulah kicap buatan yang menggunakan teknik ini dapat dijual dengan harga yang lebih murah daripada kicap yang dihasilkan secara tradisional melalui teknik penapaian. Proses pembuatan untuk ‘menghasilkan acid hydrolized protein’ boleh diubahsuai untuk mengurangkan kandungan 3-MCPD yang terbentuk, tetapi tidak boleh menghilangkannya secara menyeluruh.

3 MCPD disyaki terkandung dalam pelbagai jenis produk sos seperti sos ikan, sos soya, sos tiram, kicap, perencah mee tom yam dan sos caramel.

KESAN 3-MCPD

3-MCPD dapat melalui salur darah pada testis dan salur darah pada otak.

Meurut kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), 3-MCPD didakwa mempunyai bahan aktif kanser dan anti kesuburan kepada lelaki.

Kajian menunjukkan bahawa bahan ini mempunyai kesan karsinogenik (mengakibatkan kanser)kepada tikus makmal yang diberi 3 MCPD dalam dos tinggi dan jangkamasa yang lama.

Bertitik tolak daripada itu, SCF (persatuan saintis makanan EU) menyarankan bahawa 3-MCPD tidak patut terdapat dalam makanan. Selaras dengan itu juga, FAC (persatuan penasihat makanan UK) mencadangkan agar pihak industri perlu mengambil langkah bagi memastikan 3 MCPD tidak wujud dalam makanan (kurang daripada 0.010.01mg/kg).


ISU TENTANG 3-MCPD


31 Produk Sos Ada Bahan Penyebab Kanser

Berita Harian, Rabu - 22 Ogos 2001

Kuala Lumpur (Malaysia) - Sebanyak 31 produk sos termasuk 20 keluaran tempatan didapati mengandungi bahan penyebab kanser iaitu 3-monokloropropane-12 Diol (3-MCPD) melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Paras yang dikesan pada produk berkenaan ialah antara 58 hingga 5,000 ppb dan paras yang dibenarkan ialah 20 bahagian setiap bilion (ppb).

A Clouet Nafi Keluar Kicap Ada 3-MCPD
Berita Harian, Khamis - 23 Ogos 2001

Kuala Lumpur (Malaysia) - Pengeluar barangan makanan jenama Ayam, A Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd. menjelaskan bahawa kicap cair jenama Ayam yang dilaporkan mengandungi bahan penyebab kanser 3-MCPD bukan keluarannya dan syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan kerana menggunakan nama syarikatnya. Syarikat A Clouet berharap pengguna tidak keliru dengan perkara itu kerana semua bahan makanan jenama Ayam keluaran syarikat A Clouet adalah bersih dan selamat, termasuk dari segi kandungan bahan penyebab kanser 3-MCPD.

22 Jenis Sos, Kicap Import Ditarik Dari Pasaran

Utusan Malaysia, Khamis - 12 Julai 2001

Kuala Lumpur (Malaysia) - Penarikan sementara 22 jenis sos dan kicap import ekoran penggunaan bahan perisa sampingan melebihi paras 20 bahagian per bilion (ppb) '3-Monochlorophane-1,2 Diol' (3-MCPD) dari pasaran telah dikuatkuasa serta merta atas arahan kabinet hari ini. Produk-produk berkenaan diimport dari Thailand, China, Hong Kong dan Taiwan. Bahan 3-MCPD yang menghasilkan Protein Sayur Hidrolosis (HVD) banyak digunakan sebagai bahan perisa dalam produk makanan seperti kicap, sos tiram, sos ikan, kiub perisa untuk sup dan bahan perisa.

Guna Perisa Sampingan Tidak Melebihi 20 PPB
Utusan Malaysia, Isnin - 9 Julai 2001

Subang, Kuala Lumpur (Malaysia) - Kementerian Kesihatan telah menetapkan had penggunaan bahan perisa sampingan '3-Monochlorophane-1,2 Diol' (3-MCPD) dalam semua produk makanan di negara tidak melebihi paras 20 bahagian perbilion (PPB) daripada kandungan keseluruhan bahan tersebut. Bahan 3-MCPD yang menghasilkan Protein Sayur Hidrolisis (HVP), banyak digunakan sebagai bahan perisa dalam produk makanan seperti kicap, sos tiram, sos ikan, kiub perisa untuk sup dan bahan perisa. Penggunaan bahan tersebut boleh mengancam kesihatan pengguna jika diambil berlebihan

Rujukan:


3-MCPD (2009).Diperoleh pada Julai 13, 2009 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/3-MCPD

Utusan Malaysia

diringkaskan dan diterjemah oleh BAHAGIAN PENYELIDIKAN JHEAIK

No comments: